Sunday 1 May 2011

Produk Emas Terbaik !



"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

Semua orang tahu emas itu benda paling berharga dan menguntungkan, tetapi berusaha untuk memilikinya tiada. Renungilah kata-kata di atas.

Pilihan ada ditangan anda !!!


Email : azrolemas@gmail.com atau azrolariffin@yahoo.com

Cara-cara nak letak radio dalam blog anda


Artikel kali nie selingan ckit. Asik cite emas je kan. Cite lain plak haha.


Kali ni aku nak ajar satu tutorial cara nak letak widget radio dalam blog korang. tapi yg aku 
dpt cari ni untuk radio-radio bawah astro sahaja. 

penat aku cari kat google, x jumpa jumpa pun. last last aku crack sendiri benda ni dan 
alhamdulillah rezeki aku dapat buat. so kepada yang tak tahu, boleh cuba. 
yang dah tahu baik korang buat-buat tak tahu.


masuk dashboard, klik design, klik add a gadget dekat bawah sekali. 









amik add html




copy kod dekat bawah ni, paste dekat situ
<iframe src="http://ads.hitz.fm/inc/app/shared/dvrplayer/capsules/radioactive/amp_flash/hitz/index.html" width="640" height="360" scrolling="no" frameborder="0">

tekan save, lepastu siap. view blog korang kalau takut aku tipu. kehkehkeh

code yg atas ni untuk hitz.fm

untuk sinar.fm, tukar yang aku highlightkan merah tu kepada sinar
<iframe src="http://ads.hitz.fm/inc/app/shared/dvrplayer/capsules/radioactive/amp_flash/hitz/index.html" width="640" height="360" scrolling="no" frameborder="0">
dia akan jadi

<iframe src="http://ads.sinar.fm/inc/app/shared/dvrplayer/capsules/radioactive/amp_flash/sinar/index.html" width="640" height="360" scrolling="no" frameborder="0"> 
 untuk thr gegar, tukar yang merah pertama jadi thr pastu merah kedua jadi gegar

<iframe src="http://ads.thr.fm/inc/app/shared/dvrplayer/capsules/radioactive/amp_flash/gegar/index.html" width="640" height="360" scrolling="no" frameborder="0">
untuk Litefm
<iframe       src="http://www.litefm.com.my/inc/app/shared/dvrplayer/capsules/radioactive/amp_flash/lite/index.html" width="632" height="360" scrolling="no" frameborder="0"></iframe>
untuk era
<iframe src="http://ads.era.fm/inc/app/shared/dvrplayer/capsules/radioactive/amp_flash/era/index.html" width="640" height="360" scrolling="no" frameborder="0">
untuk centerkan widget radio ni, letakkan kod ini 

<div align="center"> (kod widget radio pilihan) </div>
untuk radio yang lain lain tu, contact aku. aku tolong carikan. selamat berblog wahai kawan-kawan. sekadar terima kasih pun dah cukup bai :)

sumber: http://adibyusoff.blogspot.com/2011/04/cara-cara-nak-letak-radio-dalam-blog.html#ixzz1SnXgtldJ



Saturday 30 April 2011

PERANAN EMAS...

Peranan emas ketika negara aman dan makmur.

1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa
    panjang.
2. Sebagai pelaburan - untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga
    tinggi.
3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.
4. Hantaran kahwin

Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik.

Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran – atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah – kertas! tak ada nilai.
Contoh yang paling mudah ialah apa yang berlaku di Negara Zimbabwe.
Ketika ini keadaan ekonomi dan politik Zimbabwe adalah tidak menentu. Kadar inflasi di Zimbabwe mencecah 5 sextillion peratus (ada 21 biji kosong)

huge-inflation

Kehidupan rakyat Zimbabwe.

Saudara saudari sekalian, dengan keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil kehidupan mereka sangat sukar. Wang kertas tidak ada nilai.
Jadi, bagaimana mereka meneruskan kehidupan? Apa yang mereka gunakan sebagai duit?
Jawapannya. Emas.
Untuk meneruskan kehidupan rakyat Zimbabwe terpaksa mendulang emas. Ini kerana emas diterima sebagai wang.

gold-for-bread


everything-they-want-gold

Walau apa jua keadaan ekonomi dan politik, orang yang menyimpan emas tetap akan untung. Bagi kita rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana negara kita aman, stabil dan makmur. Jadi kalau kita simpan emas ianya lebih kepada menyimpan kekayaan dan membuat pelaburan.
Kita tetap untung.

Fungsi-Fungsi Wang.

Wang mempunyai 4 fungsi yang utama:
1. Sebagai unit nilai:
    Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam
    Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.
2. Media Pertukaran:
    Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan,
    anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi.
    Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai media pertukaran
    dengan barangan yang mereka jual.
3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
    Ini membolehkan urusniaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan.
   dan jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah.
4. Sebagai penyimpan nilai:
    Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul.

Wang Fiat Ringgit Malaysia.

Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.
Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.
Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:
1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.
Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir

“Sebenarnya  matawang tidak berharga  melainkan  jika Kerajaan  memberi  nilai kepadanya.   Wang  kertas  RM1.00  bukan  bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya.   Ia  bernilai  RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan  oleh  Kerajaan.  Jika Kerajaan mencetak angka lima atau  sepuluh  maka   nilai  kertasnya  tidak  naik  kepada  RM5.00  atau  RM10.00.   Hanya  pengakuan  dan  jaminan  Kerajaan   yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan” 

Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.
Contohnya amat mudah:
Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti tak boleh.
Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi.
Cuba bayangkan jika anda menyimpan emas bernilai RM1000 di bawah almari. 10 tahun dari sekarang, apa yang akan terjadi kepada nilai emas berkenaan? Sudah pasti nilainya akan naik.

"Emas sebagai penyimpan nilai terunggul"

Kesimpulan:

Pembaca sekalian, emas adalah wang yang sebenarnya. Jika anda hendak menyimpan wang, simpanlah dalam bentuk emas.
Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul.
Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Ia gagal menyimpan nilai untuk jangkamasa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini.
Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.
Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting
Wang =  Emas
Simpan wang = Simpan emas


p/s :

Apakah yang menyebabkan anda kaya? Daripada tak kaya anda boleh jadi kaya.
Daripada kaya.. anda boleh jadi lebih kaya.. Teramat kaya...
Emas? Berlian Duit? Saham? Perniagaan? ermmm…. bukan… bukan…
Jawapannya ialah ilmu

Dengan ilmu anda boleh jadi jutawan dalam apa jua bidang
Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu”,
“Barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu”,
“dan barangsiapa yang inginkan keduanya sekali, maka hendaklah dengan ilmu.”

Manakah lebih baik, ilmu atau harta?
Saidina Ali memberikan jawapan-jawapan berikut:

“Ilmu lebih baik dari harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi dan Rasul, sedangkan
harta pusaka daripada Firaun, Qarun dan lain-lain”
“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta mesti dipelihara oleh pemiliknya sendiri.”
“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.”
“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu apabila dikeluarkan semakin bertambah sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan dan akhirnya habis.”
“Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat panggilan mulia dan hormat daripada masyarakat. Sedangkan orang yang berharta seringkali mendapat panggilan yang rendah.”
“Ilmu lebih utama dari harta sebab ilmu tidak boleh dicuri daripada pemilik nya tetapi harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya.”
“Ilmu lebih baik dari harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari qiamat akan mendapat pertolongan daripada ilmu yang dikembangkan, sedangkan orang yang berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta tersebut.”
“Ilmu lebih baik dari harta kerana ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah, sedangkan harta lambat laun akan habis.”
Pak Hamka pula berkata:
 ”Ada ilmu ada harta jadi orang mulia,
 ada ilmu tidak ada harta jadi hamba orang,
 kalau tidak ada ilmu tidak ada harta jadi binatang.”
marilah sama-sama kita mencari ilmu yang bermanfaat dan kita kongsikan ilmu ini dengan sesiapa sahaja. Semoga kita mendapat manfaat dariNya.


Wednesday 20 April 2011

Kelebihan Simpanan Emas

Sabda Rasulullah saw  " Akan Tiba Suatu Zaman di Mana Tiada Apa Yang Bernilai Dan Boleh Digunakan Oleh Ummat Manusia. Maka Simpanlah Dinar dan Dirham" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal

" Allah Jadikan Dua Logam Yang Bernilai ( Emas dan Perak) Sebagai Pengukur Kepada Barangan Dagangan. Logam Ini Seringkali dijadikan Ukuran Kekayaan Seseorang. Walaupun Adakalanya Barangan Lain Turut Menyimpan Nilai Yang Tersendiri, Akhirnya ia Akan digunakan Untuk Mendapatkan Emas Dan Perak. Barangan Dagangan Lain Terkesan Akibat Turun Naik Pasaran, Sedangkan Emas dan Perak Tidak" - Ibnu Khaldun -

Bila anda simpan atau guna emas atau dirham,maka kita sudah mulai stabilkan ekonomi diri dan keluarga kita walaupun nilainya kecil..


Beli Emas dan Jual Emas tersebut dengan harga yang sama kepada pelanggan ~ Anda Untung
Beli Emas Masa Harga Rendah dan Jual waktu harga Tinggi ~ Anda Untung
Beli Emas Masa Harga Tinggi dan Jual waktu harga jatuh ~ Anda Masih Untung


TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD ~ Bekas Perdana Menteri
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.

Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

Zakat Emas


Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” At-Taubah; ayat 34-35

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

 
Free Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Website templateswww.seodesign.usFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver